Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) beri jaminan persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut lebih baik tahun ini berbanding tahun lalu.<br /><br />Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid, seramai 12,500 anggota operasi dari 332 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) seluruh negara sudah berada dalam keadaan siap siaga.